Sunday, April 19, 2020

TTC Story- 1

Hari ini genap lah usia perkahwinanku 9 tahun, 9 bulan dan 9 hari. Dalam tempoh ini, aku mengaku berusaha dengan santai sahaja untuk hamil. Tak ada lah beria macam sesetengah orang. Sebab aku tak nak stress.. Bak kata orang, follow the flow...

Mak aku pernah kata, kamu kurang berdoa. Kurang istighfar dan zikir. Betul lah tu. Selalunya lalai.

Apapun, perjalanan usaha ini akan tetap kuteruskan.. Selagi ada rahim, inshaallah..

Semoga ikhtiarku di sepanjang perjalanan ini menjadi bukti imanku terhadap qada' dan qadar Allah swt. Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha dan merancang, Allah swt will do the rest! Semoga kita semua di akhir nanti menjadi hamba yang redha dengan segala ketentuan-Nya, dan Allah swt juga redha kepada kita... رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً (al-Fajr: 28).

Berbalik kepada tajuk.. dalam santai pun banyak juga yang aku usaha untuk hamil ni. Tapi banyaknya perubatan konvensional lah. Aku dan suami tak minat berubat bidan yang entah apa-apa, jauh lagi bomoh dan dukun. Satu, sebab tak nak kacau akidah yang sahih. Dua, penat doktor sakit puan belajar medical bertahun-tahun! Dalam hal agama misalnya, aku selalu panas orang yang bercakap lebih sudu dari kuah, dengan dikurniakan sedikit kelebihan berkata-kata namun sandaran ke laut. Rujukan youtube dan google. Penguasaan bahasa arab lintang pukang tapi ada hati mengulas dan berbahas. Tidak merujuk kepada yang ahli dalam sesuatu jurusan pengajian.. Penat orang lain belajar bidang tersebut sampai ke Mesir, Saudi dan seangkatannya, sebagai contoh. Sedangkan kita disuruh untuk bertanya kepada ahli ilmu jika ada yang tidak tahu (al-Anbiya': 7). (sudah tentu sifat rendah diri dan merasakan diri tidak tahu lebih baik)

Adoi tersasar lagi. Baiklah, di bawah ini aku cerita satu persatu apa yang pernah aku usahakan sepanjang 9 tahun lebih ni:


1. Klinik Pakar Wanita Medina Melawati

Sepanjang tiga tahun pertama perkahwinan, percaya atau tidak, aku masih dara. Sebab aku ada masalah Vaginismus (aku tak pasti adakah benar mengalami masalah psikiatri ini sebab tidak pernah didiagnos oleh mana-mana doktor, cuma bagi memudahkan carian pembaca yang ingin mencari penyelesaian). Sakitnya tuhan sahaja yang tahu menyebabkan fobia setiap kali ingin dimasukkan zakar ke dalam faraj. Puas aku melawan perasaan namun masih tidak berjaya. Pernah membawa diri ke satu bidan (selepas dipastikan pemikiran bidan tersebut melalui telefon). Namun tiba di sana kecewa sebab dikatakan aku ini ada gangguan lah apa lah (tipikal cara fikir orang Melayu). Bukan aku tak beriman dengan perkara ghaib. Semua orang ada gangguan kot, cuma bezanya kadar keseriusannya dan bagaimana kita menangani gangguan etc. Aku kurang puas hati sebab bidan tu lepas urut sengkak ke apa, dia pijak faraj aku dengan tumit kaki dia. Betul-betul terkejut dan tak sempat fikir apa. Bagi aku, memang agak memalukan dan crossed the line.

So selepas daripada tu, tak pergi dah bidan. Satu hari tu aku dan suami nekad pergi jumpa doktor. Allah mudahkan urusan rumah tangga kami, sampai ke Klinik Pakar Wanita Medina Melawati Utama (walk-in pulak tu tanpa sebarang temujanji). Di sana alhamdulillah, doktor wanita tersebut sangat baik, memahami dan menghormati kami suami isteri. Bayaran rawatan pun affordable. Kami suami isteri masih student kot masa tu. Doktor bantu kami suami isteri dengan izin Allah swt dan alhamdulillah selesai satu masalah dalam satu hari! (Maaf tak boleh cerita macam mana doc tolong, yang penting patuh syariah, harap dapat memahami). Doktor ada caranya dan panduan untuk hari-hari mendatang. Sila patuh dengan nasihat doktor ya...


2. Bersama suami isteri secara kerap (4 kali seminggu)

Ini aku masukkan dalam senarai juga ye. Sebab ini antara faktor yang diambil kira dalam questionnaire untuk menjalani rawatan di pusat ART di mana-mana hospital atau klinik pakar sekali pun yang akan aku cerita seterusnya.


3. Serah diri untuk menjalani rawatan Assisted Reproductive Technology (ART) di Hospital Kuala Lumpur (mulai 2019 dah berpindah ke Hospital Tunku Azizah)

Aku dan suami mendaftar untuk menjalani rawatan ART di HKL masa tu dalam awal Tahun 2016, iaitu 6 tahun lepas kami berkahwin. Agak lewat sebenarnya, jadi kalau ada di kalangan pembaca yang belum hamil, cepat-cepat usaha pergi serah diri, sekiranya belum lekat setahun selepas berkahwin. Sebab rawatan ini tak semestinya terus menerus setiap kali kitaran. Kalau nak rehat antara cycle pun boleh. Sebab nak elak stress. So dalam pada tu, boleh juga terus usaha secara normal dan semula jadi. Macam aku contohnya, baru tiga kali kitaran on full medication sepanjang empat tahun ni. Santai tak santai?

So sebelum undergo rawatan, macam-macam pemeriksaan doc akan buat. Pemeriksaan tahap hormon dan kesuburan suami isteri (seperti biasa kena ambil sample darah lah, dan sample air mani). Pemeriksaan tiub fallopio sama ada tersumbat atau tak (prosedur pengimejan HSG) dan lain-lain lagi.

Rawatan yang aku telah jalani setakat ni:

a) On Clomid (ubat makan kesuburan dan ransang kematangan telur)- kebiasaannya hospital buat tiga kali percubaan untuk cara ini.

Dua kitaran aku on clomid dan doc suntik HCG untuk pecahkan telur. Kitaran kali ketiga on clomid sahaja dan doc tak suntik HCG sebab saiz telur dah terlalu besar, so cuba semulajadi sahaja.

Ketiga-tiga kitaran ni aku tak berjaya hamil.

b) Inseminasi InteraUterin (IUI)- kebiasaannya hospital buat tiga kali percubaan juga untuk cara ini.

Kitaran kali pertama, aku On Clomid dan suntik HCG 36 jam sebelum hari prosedur dijalankan. Masa hari prosedur ni, takut toksah cakap lah sebab kali pertama kan. Dukacita, air mani yang telah siap-siap diambil sebelum tu tidak dapat flow secara lancar ke dalam tiub yang telah dimasukkan siap-siap ke dalam rahim. Dalam prosedur ni, doc akan masukkan tiub yang kecil sangat jauh ke dalam rahim, doc akan masukkan cecair air mani yang telah dicuci ke dalam tiub tersebut dengan tujuan mendekatkan lagi perjalanan sperma menuju ke telur yang ada (memaksimumkan kebarangkalian hamil dan melepasi pelbagai rintangan sebelum itu di dalam rahim). Tapi dalam situasi aku, solution yang ada sperm suami aku tu ada je kat depan dalam tiub tu, tak mengalir pun masuk ke dalam rahim. Macam ada tekanan. Last doc paksa macam mana entah, doc kata kalau tak hamil juga, sebelum next iui, kena operate dulu tengok keadaan rahim (hysteroscopy operation-nanti aku tulis lain untuk pengalaman ini). Lepas doc paksa masuk tu, aku rasa air tu keluar balik, means macam tak masuk. Aku keluar bilik prosedur tu dengan terhuyung-hayang sebelum pengsan. Nurse kata mungkin ada sedikit pendarahan atau infection. Tapi tak lama, kemudian suami aku ambil dan terus balik rumah. Cuti hari tu... kalau yang takde masalah, aku rasa tak perlu cuti pun sebenarnya sebab prosedur iui ini mudah je (outpatient basis), tak sakit sangat pun, cuma senak sikit masa masuk tiub tu.

Cuma dinasihatkan, kalau dapat ambil cuti untuk bed rest selepas prosedur, pun bagus juga...

Kitaran kali kedua (selepas aku OP-Hysteroscopy) pula aku terlewat call dan datang hospital, sepatutnya pada Hari Kedua Period. Peraturan ini aku faham sangat dah, tapi entah kenapa lalai sangat sedangkan hati tu meronta-ronta nak teruskan rawatan. So kitaran ni diabaikan...cuba secara semula jadi.

Kitaran kali ketiga pula aku on full medication. Kali ni doc ganti clomid dengan suntikan Foluculin 75 IU (7 hari), 150 IU (7 hari). So tiap-tiap hari la aku tabahkan hati cucuk perut aku. Tahniah untuk diriku sebab berjaya cucuk perut hari-hari, walaupun bercinta tiap pagi tu. Jarum kot mau tak sakit. Tapi kuatkan hati sebab nak usaha hamil, hari demi hari semakin biasa... sakit sikit je macam kena gigit semut heheh... Tapi dukacita pada hari yang dinantikan keputusan scan tu, saiz telur aku besar-besar sangat, 25 mm, 24 mm, 22 mm, 20 mm, 19 mm ada dua, 18 mm... 6 telur matang... yang belum matang 17 mm, 16 mm, 15 mm, 14 mm, 13 mm, 10 mm... Doc terkejut sebab pada awalnya, perkembangan telur sangat slow, sebab tu dinaikkan kepada 150 IU. Bukan 7 hari terus, doc bagi tiga hari dulu dan datang scan, tengok kecik-kecik semua walau banyak. Pastu ditambah selama empat hari lagi kemudian baru datang scan. Aku sebenarnya syak selepas tiga hari tu, ada telur matang lebih 17 mm tapi dia menyorok kot. huhu... takpe lah dah ditakdirkan.

Doc terpaksa abaikan cycle ni tak cucuk HCG dan prosedur IUI dibatalkan sebab takut risiko multiple pregnancies. Kalau 2,3 takpe lagi... tapi aku ada 6 telur matang dan yang lain tu belum pasti tak akan matang. Doc takut aku pregnant 6,7 bahkan 8 dan akhirnya akan membahayakan ibu dan baby. Suami juga dipanggil dan kami diberi warning untuk tidak melakukan unprotected sex untuk mengelakkan kemungkinan hamil..

Ketiga-tiga kitaran yang sepatutnya IUI alhamdulillah berakhir tanpa berjaya hamil. Next cycle aku tak pasti bila, mungkin selepas Raya Puasa 1441 H (selepas pkp berakhir, inshaallah aamin).

Itu sahaja perkongsian aku pada kali ini. Semoga bermanfaat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...