Friday, February 10, 2012

Muhasabah pabila Diri Tersentak dari Lena yang Panjang!

“Sedih memikirkan dunia keislaman.”

“Mengapa sedih?”

“Mereka sudah jauh daripada mencintai Allah dan Rasul.”

“Kepada orang Mukmin, Allah memberitahu jangan sedih, jangan takut atau kecewa.”

“Orang Islam hari ini lebih mencintai dunia dan takut mati.”

….

“Bagaimana orang kafir lebih maju dan dapat memerintah dunia?”

“Umat dahulukala juga lebih maju dan dapat memerintah dunia tetapi Allah membinasakan mereka walaupun zaman berlainan tapi hakikatnya sama.”

“Adakah keadaan orang Islam akan tetap begini?”

“Dalam kitab-Nya ada diberitahu Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain yang tidak menyerupai kamu.”

“Siapa mereka?”

“Generasi yang lebih mencintai Allah dan Rasul…”

……………………………………………………………..

Bait-bait puisi Nahmar Jamil itu kurenung maksudnya dalam-dalam. Ada iktibar nan indah di situ. Pemuisi Nahmar Jamil memilih jalur keagamaan islamis untuk melontarkan isu-isu yang membungkam. Jalur inilah hakikat. Beliau seorang dai’e yang menyampaikan melalui puisi jiwanya. Syahdu. Dan aku sedikit termalu dan terkecewa.

Apakan tidak…

Aku seolahnya lebih sedikit dari lainnya dari sudut kefahaman, pengalaman bahkan usia dalam arena ini… tetapi,,, apa yang telah aku sumbangkan dan apa yang telah aku gerakkan??

Nafsu masih lagi tidak terkawalkan…

Bukankah sekarang ini sepatutnya Dunia tidak lagi menjadi kepentinganku?

Penyakit yang satu itu… “Cintakan dunia dan Takutkan Mati” masih lagi belum lekang dari hati nubari…

Allah…

Aku rindukan hidup dalam persekitaran islami, dipenuhi orang-orang yang menjunjung al-Quran dalam setiap detik penghidupan dan gerak-geri… dekat dengan cara hidup baginda Nabi s.a.w…

Namun aku sedar, akulah yang patut memulakan…

Mari buat checklist…

  1. Solat,,, adakah aku masih lengah???
  2. Tilawah,,, dapatkah lebih 1 juzu’???
  3. Hafazan,,, ada tak usaha mengingat kembali???
  4. Sunnah wajib,,, adakah aku bangkit setelah melalaikan???
  5. Sunnah sunat,,, adakah aku cuba hidupkan???
  6. Akhlak,,, dengan Allah.. suami, ibu ayah…rakan seperjuangan…???Dalam fatrah uzur syarie,,, adakah aku mengekalkan rasa bertuhan dalam setiap masa???

Inilah usaha aku… usaha kamu dan kamu… Mari kita bermula dengan diri sendiri… Sentiasa, walaupun kita sudah rasa terlambat,,, mulakan dari detik ini, bersegeralah berharap kepada rahmat dan keampunanNya…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...