Thursday, January 13, 2011

“Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka”


I want to invite all of you to the next coming program "konvensyen memperingati 500thn kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka"...to all SMSU 3rd year...you're specially invited to come...anda seorang belia melayu muslim? seorang pecinta agama? pecinta tanahair? you're mostly invited. sekian lama kita disogokkan segalanya dengan ukuran dan nilaian barat...tiba masanya kita mencari spirit baru segalanya diukur dengan nilaian yang sepatutnya ada dalam diri ummat Islam...kita ummat melayu...kita ummat yang memiliki risalah.kembalikan jatidiri ummat yang memiliki risalah Islam! Kepada yang mungkin confuse dengan idea baru ketuanan Melayu yang dibawa oleh ISMA ini, just register and come for the enlightenment!

http://kemm1511.net/

* * * * * * * * *

Secara fitrahnya manusia cinta dan kasihkan saudara mara, kaum kerabat dan tanahairnya. Islam yang juga agama fitrah tidak mungkin akan membiarkan naluri ini dihapuskan dan tidak digunakan bagi kepentingan Islam. Lantaran itu Nabi s.a.w. mendefinisikan ‘asobiyyah’ yang diharamkan ialah menolong saudaranya di atas kezaliman.

Sebaliknya seseorang yang menolong saudaranya untuk memahami agama, menolong saudaranya agar mendapat pendidikan yang sempurna, menolong saudaranya agar terselamat daripada kepapaan dan menolong saudaranya daripada dizalimi adalah termasuk dalam perintah Allah Azza wa Jalla.

Menyimpulkan perjuangan seseorang untuk membangunkan identiti tadayyun (keagamaan) bangsanya dan kesejahteraan kehidupan bangsanya sebagai perjuangan `asobiyyah yang diharamkan’ adalah kefahaman yang terseleweng daripada kefahaman Islam sebenar dan pejuang yang mengatakan: “kita adalah pejuang Islam tulen” tetapi menolak isu-isu berkaitan bangsanya; agama, budaya, bahasa dan adat-adat mereka adalah perjuangan yang tidak berpijak di alam nyata.

1. Apabila Allah memerintah Nabi untuk berdakwah secara terbuka, Allah memerintahkan Nabi memulakan dakwahnya kepada “‘asyirah al-aqrabin” yakni kaum keluarga terdekat.

2. Ketika Nabi s.a.w. naik ke bukit Sofa dan memanggil orang-orang Arab untuk berdakwah kepada mereka, Nabi s.a.w. menyeru nama-nama Qabilah mereka.. “Wahai Bani Hasyim.. wahai Bani Abd Manaf..”

3. Apabila Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, Nabi s.a.w. mengekalkan kewujudan kaum Muhajirin dan al-Ansor.

4. Nabi s.a.w. melantik para nuqaba daripada ketua-ketua qabilah yang sedia ada dengan mengekalkan kewujudan qabilah-qabilah tersebut.

5. Apabila ketua-ketua qabilah memeluk Islam di kalangan bangsa-bangsa Arab, Nabi s.a.w. mengekalkan mereka sebagai pemimpin kepada kaum mereka.

6. Apabila Islam datang ke Tanah Melayu, Empayar Kesultanan Melayu terkenal dengan namanya sebagai Kesultanan Melayu Melaka atau Tanah Jawi.

7. Pakaian Jubah yang panjang dan berserban yang menjadi tradisi Arab tidak diterapkan ke dalam tradisi pakaian Kesultanan Melayu tetapi Baju Melayu berseluar dan bersamping dan bertengkolok menjadi pakaian rasmi Melayu Islam sesuai dengan realiti alam Melayu yang berbukit, berbelukar, berpaya dan bersungai yang menyukarkan si pemakai jubah untuk berjalan.

8. Nabi s.a.w. apabila berada di Madinah menitiskan airmata apabila memikirkan Mekah tanah tumpah darahnya dan Nabi pernah bersabda bahawa; cintakan tanahair daripada iman.

9. Nabi memaafkan sahabatnya Hatib bin Abi Baltaah r.a. yang menghantar surat kepada keluarganya menceritakan kedatangan tentera Islam untuk membuka Kota Mekah.. apabila alasan beliau melakukan semua itu hanya kerana kasih dan sayangkan keluarganya dan mengharapkan mereka terselamat bukan kerana mengkhianati Nabi s.a.w. Sedangkan Umar al-Khattab r.a. meminta untuk dipenggal kepalanya.

10. Ketika sahabat-sahabat al-Ansor ingin melantik Khalifah di kalangan mereka selepas kewafatan Nabi s.a.w., Abu Bakar berkata bahawa Nabi bersabda “al-Aimmah min Quraisy”… lalu mereka membaiahkan Abu Bakar al-Siddiq.

Ibn Khaldun mentafsirkan hadis ini bukan diamalkan pada “dzahir nas”… di mana Quraisy menjadi syarat mutlak untuk menjadi khalifah tetapi nas tersebut berdasarkan realiti Arab ketika itu yang menunjukkan bahawa bangsa Quraisy adalah bangsa majoriti yang memiliki asobiyyah yang kuat. Asobiyyah yang ditafsirkan oleh Ibn Khaldun adalah sokongan bantuan yang kuat sama ada moral, tenaga mahupun harta benda dalam melaksanakan siyasah Khalifah.

Oleh kerana pemerintahan Islam memerlukan sokongan, dokongan, bantuan dan pembelaan daripada pelbagai ancaman musuh maka melantik kepimpinan daripada golongan yang lebih kuat asobiyyahnya adalah menepati sunnatullah yang telah difitrahkan ke jiwa manusia.

Maka apabila Bangsa Turki Uthmaniyyah memiliki sokongan padu ummah ketika itu menjadikan Khalifah Turki Uthmaniyyah adalah khalifah yang sah walaupun mereka bukan keturunan Arab Quraisy. Penafsiran Ibn Khaldun ini menjadikan Khalifah Turki Uthmaniyyah mendapat sokongan daripada seluruh umat Islam termasuk umat Islam yang mereka berbangsa Arab.

Dalam realiti Malaysia hari ini, bangsa Melayu adalah bangsa majoriti jika mereka bersatu atas dasar Islam. Maka memperjuangkan kesatuan bangsa Melayu agar bersatu tidak bercanggah dengan Maqasid Syarak malah menjadi aspek yang lebih utama ketika ini. Sebaliknya polisi, gerak kerja dan aktiviti yang boleh membawa kepada lemahnya kesatuan bangsa Melayu adalah haram hukumnya.

Perjuangan Islam tulen tidak akan membuang bangsanya daripada agenda perubahan. Sebaliknya membangunkan identiti Islam di kalangan anak bangsa, mengembangkan kekayaan mereka, memperbaiki akhlak mereka, memupuk kesatuan dan ukhuwwah di kalangan mereka adalah kerja-kerja gerakan Islam di mana sahaja mereka berada.

Muhammad al-Rasyid menegaskan dalam al-Masar dalam bab “Funun al-Tajmik” bahawa para pendakwah perlu benar-benar memahami budaya masyarakatnya, sejarah pembentukan mereka, kesan-kesan negatif yang lahir akibat biah kehidupan mereka sebelum melakukan tajmik dan taghyir.

Namun bukan maksud tulisan ini ingin mengabaikan saudara-saudara seagama daripada bangsa-bangsa lain kerana Nabi s.a.w. juga tidak pernah mengabaikan sahabat-sahabatnya daripada al-Habsyi, Farsi dan Romawi.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Annuar Salleh,
Yang Dipertua ISMA DHL
Blog: Renungan2u


Leave a Reply

* Name, Email, and Comment are Required

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...